MAKLUMAT PAPAN TANDA LALUAN AWAM KE PANTAI DISEMBUNYIKAN BERSEBELAHAN KELAB SUKAN AIR TANJUNG BUNGAH
Ngo-pantai telah memantau dan mendapati bahawa laluan awam ke pantai bersebelahan Kelab Sukan Air Negeri Pulau Pinang seperti berikut:-
1) Laluan awam ke pantai semak dengan rumput yang panjang tidak diurus, longgokan sampah
dan batu-batu. Ini boleh mencederakan para pengunjung pantai yang melalui kawasan
tersebut.
2) Papan tanda laluan telah dipotong dan papan itu diikat pada pintu pagar kelab sukan air.
3) Pemegang tangga juga telah berkarat perlu dicat semula.
Ngo-pantai juga pernah menulis surat kepada Pejabat Daerah Timur Laut mengenai longgakan batu di kawasan tersebut tetapi tiada maklumbalas dari pihak tersebut.
Oleh itu Ngo-pantai berharap agar perkara-perkara ini dapat diatasi dengan kadar segera agar hak kebebasan orang awam tidak dihalang.
PULAU PINANG BERSIH & HIJAU
No comments:
Post a Comment