Ngo pantai mengadakan sesi dialog terbuka bersama penduduk pangsapuri Masjid Terapung Tanjung Bungah pada 24 September 2011 yang dihadiri oleh Yb Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Yb Teh Yee Cheu, Kadun Tanjung Bungah, Encik Saiful Lizan, YDP Ngo-pantai, Tn Hj Abdul Halim, Pegawai Serata, Encik Azahar Hashim, Bendahari Ngo-pantai, Puan Zarina Sm, Setiausaha Ngo-pantai .


Dalam sesi dialog penduduk pangsapuri Masjid Tanjung Bungah telah membuat aduan mengenai status rumah yang mereka diami agar dapat kerjasama dari YB.Liew Chin Tong Ahli Parlimen Bukit Bendera untuk menyelesaikan isu tersebut dengan penyelesaian iaitu hak milik kekal pangsapuri ini.
Penduduk pangsapuri hanya perlu bayar kepada kerajaan sebanyak RM 14,500 sahaja.Dimana RM 50 untuk sewa beli dan RM 30 untuk penyelenggaran bangunan.Jumlahnya hanya RM 80 sebulan.
Pangsapuri Masjid Terapung Tanjung Bungah ini hanya mempunyai 100 unit rumah dan sudah diduduki oleh penduduk sejak tahun 2007.

Yb.Teh Yee Cheu turut sertai sesi dialog tersebut,menjawab persoalan penduduk disini.Disamping itu Yb Teh Yee Cheu Kadun Tanjung Bungah memberi penerangan mengenai dasar kerajaan pakatan rakyat .
Program kebajikan untuk semua seperti warga emas,Oku,ibu tunggal dan terkini program anak emas.Apa yang perlu ,penduduk yang mempunyai syarat-syatat tersebut perlu berdaftar .
Selain daripada itu Wifi Percuma akan diusahakan disini ,disamping itu CCTV juga akan diusahakan dimana kes kecurian di pangsapuri ini kerap berlaku dan tahap kebersihan pantai Tanjung Bungah perlu dijagai,pantai berselut dan sampah dibuang ikut suka,tahap keselamatan jalanraya di kawasan ini juga akan dipertingkatkan dimana kekerapan kemalangan jalanraya disini.
Selain daripada itu usaha untuk meningkatkan peluang perniagaan kepada ibu tunggal dan gerai gunting rambut .
Inilah sebahagian sesi dialog penduduk bersama Yb Teh Yee Cheu kadun Tanjung Bungah.

Tuan Hj Halim Salleh juga menekankan perpaduan masyarakat perlu dipertingkatkan ,perlu saling hormat hormati jiran kita,dan jika ada masalah berbangkit kita boleh berbincang dan kita sama-sama menyelesaikan masalah tersebut .Jika ada masalah sila bawa ke meja rundingan bertanya dan seterusnya tindakan akan dibuat.Sesuatu kejayaan ini terletak kepada semua pihak .

Pengerusi Penduduk Masjid Terapung Tanjung Bungah ,turut sertai sesi dialog bersama pimpinan dan juga bertanya beberapa perkara kepada YB.Parlimen dan YB.Adun bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah yang berbangkit disini.








No comments:
Post a Comment