Pengunjung Pantai Tanjung Bungah kini diancam air pantai tercemar yang berpunca dari sebuah kawah yang terletak berhampiran pantai. Dipercayai sedalam 1.2 hingga 1.8 meter itu terbentuk akibat saliran air najis dari kawasan perumah yang berhampiran.
Tinjauan sinar harian mendapati kawah tersebut terbentuk dari hakisan laut apabila air kotor memenuhi lubang berkenaan ia sekaligus membentuk pemukaan seakan kawah dan "berasid"akibat dari bercampur air kotor air kotor dan air laut.
Disebabkan ini kita dapat lihat pantai disni tercemar, belum cukup dengan selut yang begitu teruk sekarang ditambah dengan sampah dan juga air kotor dari kawasan perumahan disitu.
Pantai Awam Tanjung Bungah yang terletak di Jalan Medan Tanjung Bungah mendapat sambutan pengunjung kerana terletak berhampiran 2 buah hotel mewah di Tanjung Bungah Pulau Pinang.


No comments:
Post a Comment