Oct 21, 2011

NGO-PANTAI BERJAYA MENGATASI MASALAH LALUAN AWAM KE PANTAI





Setelah berpuluh aduan melalui surat dihantar mengenai laluan awam ke pantai dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kini laluan awam ke pantai Tanjung Bungah dibuka luas.


Inilah salah satu kejayaan ngo-pantai bagi mengembalikan hak rakyat.


KEMBALIKAN KEBERSIHAN & KEINDAHAN LAUT DAN PANTAI KITA 

Oct 18, 2011

KAWAH BERASID TELAH BERJAYA DIATASI


Setelah merempuh segala rintangan,lambungan ombak membadai pantai maka inilah hasilnya dimana JPS akur isu pencemaran dan satu projek panjangkan saluran kumbahan dilaksanakan.

Ngo pantai ucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang membantu,rundingan dan sebagainya dimana  isu yang berlanjutan sejak zaman Ketua Menteri Pulau Pinang( Gerakan /BN)mentadbir Pulau Pinang.

Kembalikan Kebersihan Keindahan Laut dan Pantai Kita.

Pulau Pinang Hijau Bersih



Inilah gambar yang telah diambil oleh Ngo pantai tempuh hari dan mengegarkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan agensi kerajaan yang berkenaan mengenai isu tersebut.





Oct 11, 2011

NGO-PANTAI BINA KEUPAYAAN


  

Ngo pantai tetap akan pastikan ......

Kembalikan Kebersihan Keindahan Laut dan Pantai Kita.

YDP Ngo pantai Saiful Lizan Md Yusoff bersama Ahli Majlis MPPP

Encik ISZUREE BIN IBRAHIM sentiasa pastikan kebersihan pantai fokus

 utama dan ekonomi pelancungan Pulau Pinang tidak terjejas disebabkan 

faktor kekotoran .


Pulau Pinang Hijau dan Bersih

MASALAH KEBERSIHAN PANTAI DI TANJUNG BUNGA

Pencemaran Selut Pantai Tanjung Bungah

Pencemaran selut di pantai Tanjung Bungah sudah menjadi semakin teruk,Pertubuhan Pencinta Alam Sekitar Pantai Tanjung Bunga (Ngo pantai)berharap agensi kerajaan mengambil tindakan segera demi kebaikan bersama generasi sekarang dan akan datang menjamin keindahan pantai dan laut tidak tercemar begitu teruk lagi.



Air Kumbahan berbau busuk Indah Water keluar dari parit ini dan terus ke pantai.



Masjid Terapung Tanjung Bungah begitu cantik....tetapi amat sedih,jika kita lihat dibawah....pencemaran selut dan berbau 
busuk.....Tiada tindakan.Ngo pantai

Air Kumbahan berbau busuk Indah Water keluar dari parit ini dan terus ke pantai.

Pulau Pinang Hijau & Bersih

Ngo pantai berharap satu jawatankuasa khas perlu dibentuk segera oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah selut di pantai Tanjung 
Bungah.

Kembalikan Keindahan Pantai dan Laut Kita.

Oct 4, 2011

TENDER PEMBERSIHAN PANTAI DAN LAUT


Pertubuhan Pencinta Alam Sekitar Pantai Tanjung Bungah atau 

dikenali sebagai Ngo-pantai telah mengambil keputusan menyertai 

tender perkhidmatan pembersihan pantai dan laut.

Pulau Pinang Bersih & Hijau adalah misi kerajaan Pulau Pinang dan 

ngo-pantai sudah bersiap sedia untuk mengalas tanggungjawab berat

bagi memikul amanah jika diberi peluang kelak.


1.Tender Perkhidmatan Pembersihan Pantai Dan Laut Bagi Tempoh 


Tiga (3) Tahun (2011 – 2014) – PAKEJ A [Dari Pantai Keracut Hingga 




Ke Fort Archery (11.8km)2.Tender Perkhidmatan Pembersihan Pantai 




Dan Laut Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun (2011 – 2014) – PAKEJ B [Dari 




Fort Archery Hingga Ke Kampung Bagan (11.3km)





NGO-PANTAI MENGADAKAN SESI DIALOG BERSAMA PANGSAPURI MASJID TERAPUNG


Ngo pantai mengadakan sesi dialog terbuka bersama penduduk  pangsapuri Masjid Terapung Tanjung Bungah pada 24 September 2011 yang dihadiri oleh Yb Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Yb Teh Yee Cheu, Kadun Tanjung Bungah, Encik Saiful Lizan, YDP Ngo-pantai, Tn Hj Abdul Halim, Pegawai Serata, Encik Azahar Hashim, Bendahari Ngo-pantai, Puan Zarina Sm, Setiausaha Ngo-pantai .





Dalam sesi dialog penduduk pangsapuri Masjid Tanjung Bungah telah membuat aduan mengenai status rumah yang mereka diami agar dapat kerjasama dari YB.Liew Chin Tong Ahli Parlimen Bukit Bendera untuk menyelesaikan isu tersebut dengan penyelesaian iaitu hak milik kekal pangsapuri ini.  


Penduduk pangsapuri hanya perlu bayar kepada kerajaan sebanyak RM 14,500 sahaja.Dimana RM 50 untuk sewa beli dan RM 30 untuk penyelenggaran bangunan.Jumlahnya hanya RM 80 sebulan. 

Pangsapuri Masjid Terapung Tanjung Bungah ini hanya mempunyai 100 unit rumah dan sudah diduduki oleh penduduk sejak tahun 2007.



Yb.Teh Yee Cheu turut sertai sesi dialog tersebut,menjawab persoalan penduduk disini.Disamping itu Yb Teh Yee Cheu Kadun Tanjung Bungah memberi penerangan mengenai dasar kerajaan pakatan rakyat .

Program kebajikan untuk semua seperti warga emas,Oku,ibu tunggal dan terkini program anak emas.Apa yang perlu ,penduduk yang mempunyai syarat-syatat tersebut perlu berdaftar .

Selain daripada itu Wifi Percuma akan diusahakan disini ,disamping itu CCTV juga akan diusahakan dimana kes kecurian di pangsapuri ini kerap berlaku dan tahap kebersihan pantai Tanjung Bungah perlu dijagai,pantai berselut dan sampah dibuang ikut suka,tahap keselamatan jalanraya di kawasan ini juga akan dipertingkatkan dimana kekerapan kemalangan jalanraya disini.

Selain daripada itu usaha untuk meningkatkan peluang perniagaan kepada ibu tunggal dan gerai gunting rambut .
Inilah sebahagian sesi dialog penduduk bersama Yb Teh Yee Cheu kadun Tanjung Bungah.

Tuan Hj Halim Salleh juga menekankan perpaduan masyarakat perlu dipertingkatkan ,perlu saling hormat hormati jiran kita,dan jika ada masalah berbangkit kita boleh berbincang dan kita sama-sama menyelesaikan masalah tersebut .Jika ada masalah sila bawa ke meja rundingan bertanya dan seterusnya tindakan akan dibuat.Sesuatu kejayaan ini terletak kepada semua pihak .
Pengerusi Penduduk Masjid Terapung Tanjung Bungah ,turut sertai sesi dialog bersama pimpinan dan juga bertanya beberapa perkara kepada YB.Parlimen dan YB.Adun bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah yang berbangkit disini.