Jul 6, 2011

YAB Tuan

BANTAHAN TERHADAP PERMOHONON PEMBERI MILIKAN TANAH KERAJAAN PETAK 1 DAN PETAK 2 DI ATAS LALUAN PROMENADE, SEKSYEN 1 BANDAR TANJUNG PINANG DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG DENGAN JUMLAH KELUASAN 20,443 METER PERSEGI (220,046.61 KAKI PERSEGI) DI BAWAH SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARA 1965 DARIPADA TANJUNG PINANG DEVELOPMENT SDN. BHD. UNTUK TUJUAN LALUAN PEJALAN KAKI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

Ngo pantai membantah sekeras-kerasnya mengenai satu isu tanah rakyat yang cuba dipohon oleh Syarikat Tanjung Pinang Development Sdn.Bhd yang membabitkan jumlah tanah yang besar dan satu tempoh pajakan yang melebihi dari 99 tahun dalam seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965.

Ngo pantai bertegas dan membantah sudah terlalu banyak kesilapan dan kecuaian pihak agensi kerajaan mudah meluluskan isu tanah samada tanah berstatuskan tol ,pajakan,gadaian dan sebagainya.

Sudah terlalu banyak pencabulan tanah di negeri Pulau Pinang contohnya :-

i) Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut, tuan tanah berdaftar bagi Lot 341 Bandar Tanjung Tokong adalah UDA Holdings Bhd yang didaftarkan pada 30 Mei 1981 melalui pemberimilikan Tanah Kerajaan dengan pajakan selama 99 tahun yang akan berakhir pada 1 Mei 2074 di bawah hakmilik Pajakan Negeri 261.

Banyak rezab pantai-pantai sekitar Pulau Pinang sudah menjadi milik syarikat tertentu dan rakyat biasa tidak bebas memasukinya dan melaluinya di kawasan pantai tersebut.



Apakah nilai tanah premium ,sewa tahunan yang bakal dibayar oleh syarikat berkenaan kepada kerajaaan atau sebab nama -nama besar VIP dalam syarikat tersebut menakutkan kerajaan berjiwa rakyat sampai mudah menyerahkan tanah rakyat atas pujuk rayu pembangunan kepentingan tertentu. Kesilapan agensi kerajaan terbabit dalam isu tanah ini bakal diterima oleh generasi akan datang selama 99 tahun. Apakah kerajaan Pulau Pinang berjiwa rakyat sudah tidak ada kewangan yang mencukupi untuk membangunkan sendiri.

Ngo pantai berharap bantahan dan amaran keras pemberimilikan tanah tersebut kepada Tanjung Pinang Development dan kawasan ini menjadi hak persendirian dan tidak dibuka untuk kunjungan rakyat Pulau Pinang.

Ngo pantai minta Kerajaan Negeri Pulau Pinang BATALKAN PEMOHONAN TERSEBUT DAN TIADA RUNDINGAN. Ngo pantai berharap pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak ditipu dengan janji manis pemaju.