Aug 21, 2011

BANTUAN HAMPER DARI PUSAT URUS ZAKAT DI BATU FERINGGHI


Amat susah sekali untuk mengumpul orang kampung khasnya di Batu Feringghi untuk menyerahkan bantuan sumbangan hamper dari PUZ pada bulan Ramadhan ini kepada golongan warga emas,ibu tunggal,OKU dan golongan miskin.Sebanyak 70 orang telah menerima sumbangan dari PUZ di sampaikan oleh YDP Pas Bukit Bendera Tuan Hj Halim Salleh.
Pengerusi JKKK Batu Feringghi Tuan Hj Jamaluddin Hashim dan S/u Ngo Pantai Puan Zarina Shita Madar mengumpul maklumat penduduk  di kawasan Batu Ferringhi.

Aug 14, 2011

HORSE RIDING BACK ON BEACH IN BATU FERINGGHI






 
ILLEGAL horse riding activities are being carried out on Batu Ferringhi beach when 
Muslim enforcement personnel are breaking their fast, said Penang state 
executive member Chow Kon Yeow.
“It is difficult for the Penang Municipal Council to monitor the activities when its 
enforcement personnel are not around to patrol the stretch,” he said.
Chow, who is state Local Government and Traffic Management Committee chairman, 
said the ban on commercial horseback riding had been enforced on the beach since
early this year. 
He was commenting on a complaint by a hotel spokesman on illegal horse riding on the
beach.
The spokesman said beach-goers were also unhappy with beach operators who invaded
the privacy of hotel guests.
“The operators even place dogs along the beach path to protect their ‘territory’.
“The operators’ actions have inconvenienced hotel guests strolling along the beach in
the morning and at night.
“Our guests have also complained about the noise and air pollution due to motorised 
land vehicles belonging to the operators,” the spokesman said in a statement.
He said inexperienced water scooter riders were also encroaching into swimming areas
and putting the beach-goers’ lives at risk.
“It is best to have a proper demarcation zone for water sports activities. It should only
be allowed 200 metres from the shoreline,” he added.
Chow said the council would continue its effort to patrol the beach to ensure there were
minimal disturbances to beach-goers.

Aug 9, 2011

HAMPER SUMBANGAN PUSAT URUS ZAKAT

Ngo pantai telah menerima hamper dari Pusat Urus Zakat (PUZ) sejumlah 241. Hamper ini akan diagihkan kepada 3 kawasan iaitu Tanjung Tokong sebanyak 130 hamper, Tanjung Bunga sebanyak 41 hamper dan Batu Feringghi sebanyak 70 hamper.


Ngo pantai ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas perhatian YB.Dato Salleh Man,Pengarah PUZ,Timbalan Pengarah PUZ dan kakitangan PUZ yang sudi menerima permohonan dan meluluskan hamper PUZ untuk diagihkan kepada golongan OKU,Ibu Tunggal,Fakir Miskin,Warga Emas di kawasan ini.






YDP Ngo pantai menerima hamper dari PUZ
N

NGO PANTAI BANTAH PUKAT BOYA


Ngo pantai bersama nelayan-nelayan pantai membantah sekerasnya terhadap pencerobohan pukat tunda yang menggunakan pukat boya di  zon nelayan pantai di Pulau Pinang. YDP dan TYDP Ngo pantai bersama wakil dari CAP membantah pukat boya di jeti Teluk Bahang.
Ngo pantai sedang berusaha untuk bertemu Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, membantah dan memohon agar diharamkan pukat boya di Pulau Pinang demi menyelamatkan nelayan pantai seramai lebih 2000 orang. 










Bendahari Ngo pantai menunjuk no bot pukat tunda menceroboh kawasan zon nelayan pantai.
Para nelayan pantai menunjuk sikap tidak puas hati kepada agensi kerajaan yang gagal mencegah bot tunda ceroboh zon nelayan pantai.
Para nelayan pantai mendengar bersama ucapan pimpinan nelayan pantai di Jeti Teluk Bahang.
Bantulah kami nelayan pantai....ikan tepi pantai dah disapu bersih oleh bot pukat tunda.
Ahli ngo pantai bersama nelayan pantai berdemotrasi bantah pukat boya.
Bot Pukat Tunda di jeti Teluk Bahang bersiap sedia menyerang dan ceroboh zon nelayan pada bila bila masa sahaja.Tiada siapa pun boleh halang kami(bot pukat tunda)...siapa kerajaan,agensi kerajaan,persatuan nelayan...kami bot pukat tunda ,tak heran tindakan diambil...mampu bayar denda sebanyak mana pun kami mampu bayar.pastikan ikan tepi  pantai habis disapu oleh pukat boya....isu nelayan yang tiada kesudahan........nak cari makan.

Aug 1, 2011

Detik bersejarah dimana YB.Teh Yee Cheu menyumbangkan sebuah komputer riba (lap top) kepada ngo pantai diterima oleh setiausaha Puan Zarina.

Selaku YDP Ngo Pantai Saiful Lizan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yb.Teh Yee Cheu Adun Tanjung Bungah kerana sudi menyumbangkan sebuah komputer riba bagi memperkemaskan jentera pentadbiran ngo pantai .

Keahlian Ngo pantai semakin bertambah dan sehingga hari ini terdapat  100 ahli  yang telah menyertai ngo pantai dengan usaha memulihkan kembali sinar pantai yang begitu indah di zaman dahulu.

Jul 6, 2011

YAB Tuan

BANTAHAN TERHADAP PERMOHONON PEMBERI MILIKAN TANAH KERAJAAN PETAK 1 DAN PETAK 2 DI ATAS LALUAN PROMENADE, SEKSYEN 1 BANDAR TANJUNG PINANG DAERAH TIMUR LAUT PULAU PINANG DENGAN JUMLAH KELUASAN 20,443 METER PERSEGI (220,046.61 KAKI PERSEGI) DI BAWAH SEKSYEN 76 KANUN TANAH NEGARA 1965 DARIPADA TANJUNG PINANG DEVELOPMENT SDN. BHD. UNTUK TUJUAN LALUAN PEJALAN KAKI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

Ngo pantai membantah sekeras-kerasnya mengenai satu isu tanah rakyat yang cuba dipohon oleh Syarikat Tanjung Pinang Development Sdn.Bhd yang membabitkan jumlah tanah yang besar dan satu tempoh pajakan yang melebihi dari 99 tahun dalam seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965.

Ngo pantai bertegas dan membantah sudah terlalu banyak kesilapan dan kecuaian pihak agensi kerajaan mudah meluluskan isu tanah samada tanah berstatuskan tol ,pajakan,gadaian dan sebagainya.

Sudah terlalu banyak pencabulan tanah di negeri Pulau Pinang contohnya :-

i) Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut, tuan tanah berdaftar bagi Lot 341 Bandar Tanjung Tokong adalah UDA Holdings Bhd yang didaftarkan pada 30 Mei 1981 melalui pemberimilikan Tanah Kerajaan dengan pajakan selama 99 tahun yang akan berakhir pada 1 Mei 2074 di bawah hakmilik Pajakan Negeri 261.

Banyak rezab pantai-pantai sekitar Pulau Pinang sudah menjadi milik syarikat tertentu dan rakyat biasa tidak bebas memasukinya dan melaluinya di kawasan pantai tersebut.



Apakah nilai tanah premium ,sewa tahunan yang bakal dibayar oleh syarikat berkenaan kepada kerajaaan atau sebab nama -nama besar VIP dalam syarikat tersebut menakutkan kerajaan berjiwa rakyat sampai mudah menyerahkan tanah rakyat atas pujuk rayu pembangunan kepentingan tertentu. Kesilapan agensi kerajaan terbabit dalam isu tanah ini bakal diterima oleh generasi akan datang selama 99 tahun. Apakah kerajaan Pulau Pinang berjiwa rakyat sudah tidak ada kewangan yang mencukupi untuk membangunkan sendiri.

Ngo pantai berharap bantahan dan amaran keras pemberimilikan tanah tersebut kepada Tanjung Pinang Development dan kawasan ini menjadi hak persendirian dan tidak dibuka untuk kunjungan rakyat Pulau Pinang.

Ngo pantai minta Kerajaan Negeri Pulau Pinang BATALKAN PEMOHONAN TERSEBUT DAN TIADA RUNDINGAN. Ngo pantai berharap pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak ditipu dengan janji manis pemaju.

Jun 21, 2011

MAKLUMAT PAPAN TANDA LALUAN AWAM KE PANTAI DISEMBUNYIKAN BERSEBELAHAN KELAB SUKAN AIR TANJUNG BUNGAH

Ngo-pantai telah memantau dan mendapati bahawa laluan awam ke pantai bersebelahan Kelab Sukan Air Negeri Pulau Pinang seperti berikut:-

1) Laluan awam ke pantai semak dengan rumput yang panjang tidak diurus, longgokan sampah
dan batu-batu. Ini boleh mencederakan para pengunjung pantai yang melalui kawasan
tersebut.
2) Papan tanda laluan telah dipotong dan papan itu diikat pada pintu pagar kelab sukan air.
3) Pemegang tangga juga telah berkarat perlu dicat semula.

Ngo-pantai juga pernah menulis surat kepada Pejabat Daerah Timur Laut mengenai longgakan batu di kawasan tersebut tetapi tiada maklumbalas dari pihak tersebut.

Oleh itu Ngo-pantai berharap agar perkara-perkara ini dapat diatasi dengan kadar segera agar hak kebebasan orang awam tidak dihalang.


PULAU PINANG BERSIH & HIJAU

Jun 20, 2011

PERKEMBANGAN ISU KUDA DI PANTAI

NGO-PANTAI MEMANTAU KES INI............DAN AKAN MEMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA KEPADA KELUARGA ADIK ARINA KIRANA..................................

SIAPAKAH YANG BAKAL MENJADI MANGSA SETERUSNYA JIKA KES INI TIDAK DIBANTERAS

.............................................................................



KONTENA CEROBOH DI ZON PANTAI TANJUNG BUNGAH PULAU PINANG ...........................









May 29, 2011

PANTAI DIANCAM KAWAH BERASID

Pengunjung Pantai Tanjung Bungah kini diancam air pantai tercemar yang berpunca dari sebuah kawah yang terletak berhampiran pantai. Dipercayai sedalam 1.2 hingga 1.8 meter itu terbentuk akibat saliran air najis dari kawasan perumah yang berhampiran.

Tinjauan sinar harian mendapati kawah tersebut terbentuk dari hakisan laut apabila air kotor memenuhi lubang berkenaan ia sekaligus membentuk pemukaan seakan kawah dan "berasid"akibat dari bercampur air kotor air kotor dan air laut.

Disebabkan ini kita dapat lihat pantai disni tercemar, belum cukup dengan selut yang begitu teruk sekarang ditambah dengan sampah dan juga air kotor dari kawasan perumahan disitu.

Pantai Awam Tanjung Bungah yang terletak di Jalan Medan Tanjung Bungah mendapat sambutan pengunjung kerana terletak berhampiran 2 buah hotel mewah di Tanjung Bungah Pulau Pinang.



May 19, 2011

HAKISAN SUNGAI KELIAN


 


Hasil pemantauan ngo-pantai mendapati hakisan sungai berlaku disebabkan pembahagian pasir tidak sama rata.

AKTIVITI NGO-PANTAI

 
 
Inilah sebahagian aktiviti-aktiviti ydp dan bendahari Ngo-pantai. Tidak pernah berasa letih untuk memantau kawasan pantai. PENCINTA ALAM SEKITAR 

Apr 6, 2011

PULAU PINANG BERSIH & HIJAU MOTO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG


Seperti biasa aktiviti mingguan Ngo pantai :Bersih pantai dan Tanam pokok.Ngo pantai alu-alukan penduduk yang berminat lakukan kerja-kerja pembersihan pantai dan semak samun,Ngo pantai amat alu-alukan dan sertailah kami.
Semua rakyat mahukan kebersihan .Ubah sikap sekarang.
Pulau Pinang Bersih dan Hijau.
Picture 030
Picture 037Picture 035
Picture 034Picture 033
Picture 032Picture 031
Picture 030Picture 029
Picture 028Picture 030